Tue03282017

Last update12:46:27 AM

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Home News & Press Announcement Keputusan - Sabah Rapid Chess Open 2017

Keputusan - Sabah Rapid Chess Open 2017

Cyber City Kepayan : Abdul Sahim Wising (gambar) mencipta kemenangan bergaya apabila memperolehi mata penuh dalam kejohanan Sabah Rapid Chess Open 2017 yang berlangsung dari 25 hingga 26 Februari 2017. Hadiah disampaikan oleh Mahimad Petrus selaku 'Tournament Director' bagi kejohanan berkenaan.

Sementara itu, Mohd Jan Jaraidi dan Awangku Ruslie Pg Kifli yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga juga berjaya menempah tiket ke Malaysian Championship 2017. 

Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan seramai 46 peminat catur seluruh negeri Sabah. Kejohanan bertaraf FIDE ini diadili oleh NA Charles Lucas dibantu oleh Evelyn Leong.

Senarai pemenang dan peserta adalah seperti di bawah:

 

Tempat ke-2, Mohd Jan Jaraidi.

Tempat ke-3, Awangku Ruslie Pg Kifli

Tempat ke-4, Mohd Faizal Roslan

Tempat ke-5, Iskandar Abdullah

Tempat ke-6, Shirin Jamah

Tempat ke-7, Mazlan Anuar

Tempat ke-8, Abdul Wahab Abu Bakar

Tempat ke-9, Awang Mohd Syafie Mohd Kifflee

Tempat ke10, Mohd Aizan Ermando

 

 

SABAH BLITZ SCRO EVENT

Sementara itu dalam mini blitz tournament, Abdul Sahim Wising melakar kemenangan berganda apabila muncul juara apabila mengumpul 6.5 dari 7 mata penuh. Manakala Mahimad Petrus dan Mohd Diya Zulkarnain masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:

Juara, Abdul Sahim Wising

Tempat ke-2, Mahimad Petrus (kiri)

Tempat ke-3, Mohd Diya Zulkarnain