Sat06242017

Last updateSat, 17 Jun 2017 8pm

Headlines:

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

Abdul Sahim, Al Kamil, Abdul Wahab dan Masrin terpilih mewakili Sabah!!

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Hadiah disampaikan oleh Mayor Kota Kinabalu, Ybhg. Datuk Abidin Madingkir
Hadiah disampaikan oleh Mayor Kota Kinabalu, Ybhg. Datuk Abidin Madingkir

06 – 07 April 2013 – Kejohanan KK Mayor’s Cup Chess Open Tournament 2013 sudahpun melabuhkan tirainya. Abdul Sahim Wising (gambar atas) yang baru saja memenangi AGM Tournament minggu sebelumnya meneruskan kejuaraanya dengan kelebihan setengah mata berbanding pencabar terdekat beliau.

Hadiah disampaikan oleh Mayor Kota Kinabalu, Ybhg. Datuk Abidin Madingkir berupa Piala Pusingan Mayor berserta Surat Pelantikan mewakili negeri Sabah ke kejohanan National Closed Chess Championship 2013 yang dijangka berlangsung pada 29 Mei hingga 2 Jun di Kuala Lumpur. Turut kelihatan adalah Presiden Persatuan Catur Negeri Sabah, Sdr. Muammar Julkarnain.

Turut serta mewakili Sabah adalah Al Kamil Kamin, Abdul Wahab Abu Bakar dan Masrin Erowan yang mengisi 4 tempat teratas pada kejohanan itu.