Thu04252019

LAST_UPDATETue, 16 Apr 2019 9am

Pasukan Catur MAKSAK Sabah di Kejohanan Catur MAKSAK Kebangsaan 2018, Melaka.

Pasukan Sabah terpaksa berpuas hati berada di tempat ke-5 dari 17 pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Catur MAKSAK Kebangsaan yang berlangsung di Mahkota Hotel, Melaka dari 18 hingga 21 Oktober 2018 yang lalu. Pasukan Sabah dibarisi oleh Kamino Marino, Mahimad Petrus, Pacik Sarah, Guadis Goridou, Mohd Aizan Ermando dan diurus oleh Bernard Valentine. 

Manakala pemain wanita tunggal Sabah, Mazira Wahab berada di tangga ke-11 dari 16 pemain wanita yang bertanding. Kategori wanita tahun depan bakal menyaksikan 2 (dua) pemain wanita dari setiap negeri / pasukan.

Persembahan pasukan lelaki Sabah diubati dengan kemenangan papan 4 terbaik oleh Mahimad Petrus. Beliau memungut 5 dari 7 mata keseluruhan mengalahkan pencabar lain di papan tersebut.

Juara pasukan catur lelaki berjaya dipertahankan oleh Sarawak yang juga memenanginya pada edisi lepas. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan Terengganu dan Kuala Lumpur. Manakala Johor terpaksa berpuas hati di tempat ke-4.

Kategori individu wanita pula menyaksikan Norhidayah Azman muncul sebagai juara mengalahkan pencabar terdekatnya Nurul Huda Wahiduddin dan Nurulhuda Abd Nasir.

 

(gambar : Papan 4 terbaik, Mahimad Petrus)

 

Juara Catur MAKSAK berpasukan, Sarawak.

 

KEPUTUSAN PENUH :

 

Visitors Counter

443098
TodayToday378
YesterdayYesterday522
This WeekThis Week1634
This MonthThis Month14338
TotalTotal443098
Your IP Address:34.230.84.215
Online Now 62

FIDE Chess Ratings

2700chess.com for more details and full list