Fri10182019

LAST_UPDATEMon, 14 Oct 2019 9pm

ARDIAN SYAH MUMING MENJUARAI KEJOHANAN CATUR OKU LIONS & SCA 2019

 

Juara dan Best Physically Impaired, Ardian Syah Muming from Sandakan.

 

ARDIAN SYAH MUMING MENJUARAI KEJOHANAN CATUR OKU LIONS & SCA 2019

20 September 2019 : Lions Club Kota Kinabalu Centennial dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sabah telah menganjurkan kejohanan catur untuk OKU pada 20 September 2019.  Kejohanan tersebut berlangsung di Dewan MPMS, Jalan Tuaran Likas.

 

Seramai 23 peserta  daripada kategori OKU penglihatan, pendengaran, dan fizikal menyertai pertandingan ini. Mereka adalah wakil daripada Kolej Vokasional Keningau, SMK Badin Tuaran, SMK Datuk Peter Mojuntin, Kelab Catur Sandakano, SBM Sabah dan SDEAFSA.

 

Ada 10 hadiah yang dipertandingkan dalam kejohanan ini. 5 Hadiah untuk Kategori Fizikal dan 5 Hadiah Utama untuk perserta yang mendapat 5 tempat teratas keseluruhan. Pemain Wanita terbaik dimenangi oleh Evlinda Luanis dari SMK Badin Tuaran. Hadiah Kategori penglihatan B1 dimenangi oleh Wong Swee Foon (SBM Sabah). Hadiah Kategori Penglihatan B2 disandang oleh Addyron Adat (SMK Badin Tuaran). Hadiah Kategori Pendengaran dimenangi oleh Zico Luck Elvister dari Kolej Vokasional Keningau dan Hadiah Kategori  fizikal dimenangi oleh Ardian Syah Muming yang juga juara keseluruhan pertandingan tersebut.

 

Bagi Kategori Hadiah Utama, tempat ke-5 dimenangi oleh Addyron Adat. Tempat keempat Elviensoon Toino Tinus dari Kolej Vokasional Keningau. Tempat ketiga dimenangi oleh Annuar Abdul Sah dari SDEAFSA. Naib Johan disandang oleh pemenang kategori penglihatan Zico Luck Elvister. Ardian Syah Muming memgeang juara keseluruhan dengan perfect score 5 point.

 

Tempat ke-2 dan Best Hearing, Zico Luck Elvister

 

Tempat ke-3, Annuar Abdul Sah

 

Tempat ke-4, Elviensoon Toino Tinus

 

Tempat ke-5 & Best Visually Impaired, Addyron Adat.

 

Best Women, Evlinda Luanis

 

Best Visually Impaired Cat 1, Wong Swee Foon

Visitors Counter

703409
TodayToday1645
YesterdayYesterday1986
This WeekThis Week9578
This MonthThis Month35379
TotalTotal703409
Your IP Address:3.227.2.109
Online Now 69

FIDE Chess Ratings

2700chess.com for more details and full list