MAKSAK Sabah tempat ke-3 MAKSAK Kebangsaan 2017 !

MAKSAK Sabah berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Catur MAKSAK Malaysia 2017 acara Berpasukan dan Individu Perempuan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 19 hingga 22 Januari 2017. 

Pasukan MAKSAK Sabah diwakili oleh En. Bernard Valentine selaku pengurus, Nazir Najarin, Kamino Marino (penulis), Mahimad Petrus, Tahir Berahima, Aizan Ermando, Rusdi Top, Zainuden Jimbun dan Evelyn Leong. Mahimad Petrus juga berjaya memenangi papan terbaik di papan 3 dengan mengumpul 6 dari 7 mata keseluruhan. 

Kejohanan catur MAKSAK kali ini juga pertama kalinya menganjurkan kejohanan kategori perempuan dimana wakil MAKSAK Sabah Evelyn Leong berjaya mendapat tempat ke-3.

Johan catur MAKSAK berpasukan diungguli oleh pasukan Sarawak manakala tempat ke-2 dan ke-4 masing-masing dimenangi oleh Kuala Lumpur (juara tahun lepas) dan Terengganu.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Kejohanan Catur MAKSAK Kebangsaan tahun 2017;

 

GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN

 

 

Juara Catur Berpasukan, SARAWAK.

Naib Johan Catur Berpasukan, KUALA LUMPUR.

Sabah vs Selangor

Acara Kategori Perempuan Individu.

Sabah vs Kelantan

Mahimad Petrus memenangi papan 3 terbaik.

Jumis Hasibin pemain kelahiran Sabah bermain untuk pasukan PENJARA memenangi papan 4 terbaik.

 

** Untuk melihat gambar-gambar semasa kejohanan, boleh klik link dibawah: (Kredit : Kedaicatur.com / Mohammad Arshad)

--> SUKAN CATUR MAKSAK MALAYSIA 1

--> SUKAN CATUR MAKSAK MALAYSIA 2