Dari kiri : Pasukan Pulau Pinang, pasukan Sabah dan pasukan Selangor.
UCSF, Sembulan – Pasukan Sabah berjaya mendapat tempat ke-2 kategori ‘Best State’ dalam kejohanan Malaysian Championship 2016 baru-baru ini. Awang Mohd Syafie, Faizal Andin, Masrin Erowan dan Sulaiman Jamal menaiki podium untuk menerima hadiah yang disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Catur Negeri Sabah, Muammar Julkarnain. Selangor seperti diduga memenangi kategori ‘Best State’ sambil pasukan Pulau Pinang berpuas hati di tempat ketiga.
Sementara itu dalam kategori individu, Awang Mohd Syafie dan Faizal Andin cemerlang dengan kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 masing-masing selepas memungut mata yang sama. Kedudukan 10 terbaik juga menyaksikan Masrin Erowan turut menaiki podium untuk menerima hadiah di tempat ke-10. Presiden dalam ucapannya amat berbangga dengan pencapaian pemain Sabah pada kali ini dan berharap pemain Sabah akan terus memberikan saingan di peringkat kebangsaan.
Majlis penutupan yang dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan, Tn. Haji Awang Damit Haji Awang Anak turut diserikan dengan persembahan daripada pihak UCSF dan juga menyaksikan majlis perjanjian persefahaman di antara Persatuan Catur Negeri Sabah dan University College Sabah Foundation.
Dari kiri : Awang Mohd Syafie (Naib Johan MC2016) dan Faizal Andin (tempat ke-3) (photo kredit: Anizan Mahruf)
Masrin Erowan berjaya mendapat tempat ke-10. Beliau pernah memenangi tempat ke-3 National Closed pada tahun 2007.
SABAH BLITZ KING 2016
CM Fong Yit San (kiri) bersama kakaknya Fong Mi Yen
Sementara itu dalam acara Blitz pula, CM Fong Yit San dari Perak muncul juara dengan kelebihan tie-break berbanding pencabar terdekatnya, Masrin Erowan dan Shreyes Subramaniam yang juga mengumpul 7 dari 9 mata keseluruhan.
Berikut adalah kedudukan 10 tempat terbaik kejohanan Sabah Blitz King 2016: