25 November 2018 (Ahad) – Disertai oleh 40 pemain junior bawah 12 tahun, pertandingan persahabatan ini menyaksikan tuan rumah Sabah muncul juara dalam 2 kategori bawah 12 dan 10 tahun.
SK Putrajaya Presint 16(2) yang diwakili oleh Cikgu Afifah membawa seramai 10 orang peserta.
Muhammad Tirmidzi bin Abdul Sahim muncul juara keseluruhan dan juga juara bawah 10 tahun. Adik Tirmidzi adalah anak kepada pemain senior Sabah, Abdul Sahim Wising.
Manakala kategori bawah 12 tahun pula dimenangi oleh adik Muhammad Ameer Hamdi bin Nazeer dari SK Kepayan Kota Kinabalu.
Tempat kedua bagi kedua-dua kategori masing-masing dimenangi oleh pemain dari SK Putrajaya iaitu adik Fasha Qaisara binti Hairul (U10) dan Muhammad Amirul Hafiq bin Egmal (U12).
Muhammad Tirmidzi Abdul Sahim, Juara Keseluruhan & Juara kategori bawah 10 tahun. Hadiah disampaikan oleh Kamino Marino (Setiausaha SCA) diiringi oleh Abdul Sahim Wising (AJK SCA) yang juga merupakan ayah kepada juara.
Juara Bawah 12 tahun, adik Muhammad Ameer Hamdi bin Nazeer
Wakil cikgu dan pengiring dari SK Putrajaya Presint 16(2)