Kontinjen Catur Sabah unggul di Sukan Para Sukma, Ipoh Perak.

 

 

Kontinjen Catur Sabah cemerlang dengan mengutip 3 pingat Emas, 3 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa dalam sukan catur Para Sukma yang berlangsung pada 21 hingga 28 November 2018 di Ipoh, Perak.

Sabah yang diwakili oleh Ardian Syah Muming, Arjoni Sadewah, Mohd Kelana Yusop, Prof. A Rahman Tang Abdullah, Khir Johari Abdullah berserta barisan pengurus dan jurulatih antaranya yang dibarisi oleh Joeanne Lee, Masrin Erowan, Akmal Adam Kamaruddin dan Muhammad Yusop Abu Bakar.

Pingat Emas diperolehi dalam kategori P1 (Fizikal) Individu menerusi Ardian Syah Muming, kategori P1 (Fizikal) Lelaki Berkumpulan Standard dan P1 (Fizikal) Lelaki Berkumpulan Rapid menerusi Ardian Syah Muming dan Muhamad Kelana Yusop.

Pingat Perak pula diperolehi pada kategori P1 (Fizikal) Lelaki Individu Standard menerusi Ardian Syah Muming, kategori B1 (Buta Penuh) Lelaki Berkumpulan Standard dan kategori B1 (Buta Penuh) Lelaki Berpasukan Rapid menerusi Khir Johari Abdullah dan Prof. A Rahman Tang Abdullah.

Manakala pingat Gangsa pula diperolehi dalam kategori B1 (Buta Penuh) Lelaki Individu Rapid menerusi Prof. A Rahman Tang Abdullah dan kategori P1 (Fizikal) Lelaki Individu Standard menerusi Muhamad Kelana Yusop.

 

 

dari kiri : Ardian Syah Muming & Mohd Kelana Yusop.

 

 

Prof. A. Rahman Tang Abdullah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keputusan Keselurahan Sukan Para Sukma 2018 di Ipoh, Perak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *