
Kepada : SEMUA AHLI PERSATUAN
Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KALI KE-34 TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa merujuk kepada Perlembagaan persatuan Fasal 14 serta keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 4 Tahun 2025 bertarikh 8 November 2025 telah bersetuju bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 Tahun 2025 Persatuan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 12.30pm
Tempat: Sabah Chess Academy, Kingfisher
3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Alu-aluan Presiden.
3.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 Tahun 2024
3.3 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2024
3.4 Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2024
3.5 Membahas Usul dan Pencalonan yang Diterima.
(Download Borang Usul & Pencalonan DISINI)
3.6 Pembubaran dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2025-2027.
4. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.
( KAMINO MARINO )
Setiausaha
Persatuan Catur Negeri Sabah (SCA)

