(Pasukan Selangor menerima hadiah dari Pembantu Menteri Belia dan Sukan, YB Arunarnsin Taib sambil diiringi oleh Presiden Catur Negeri Sabah, Tn. Muammar Julkarnain)
Kota Kinabalu – Selangor muncul juara dengan kelebihan tie-break menumpaskan pencabar terdekat, Johor dalam aksi 6 pusingan di kejohanan National States Chess Championship 2018 yang berlangsung di Likas Square Apartment & Hotel baru-baru ini. Pasukan Selangor dibarisi oleh pemain-pemain muda berbakat iaitu IM Yeoh Li Tian, Mukhriez Shah Mahmood Shah, Chan Yeng Ship dan Teh Wee Zhun. Menang 4 pusingan dan seri 2 pusingan cukup untuk menempatkan diri mereka menjadi juara pada tahun ini.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Johor yang dibarisi oleh Mohd Haizal Jamaluddin, Mohd Kamal Abdullah, Di Xu Wei dan Abdullah Che Hassan. Mereka mengutip 5 kemenangan dan hanya kalah kepada juara Selangor. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Penang A yang dibarisi oleh Looi Xin Hao, Tan Khai Boon, Ng Tze Han, Eric Cheah dan Ryan Chan Mi Yeng. Pulau Pinang menghantar 2 pasukan lelaki dalam kejohanan kali ini.
Kategori Wanita pula menyaksikan pasukan Penang unggul menjadi Juara mengalahkan 3 pasukan lain. Manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Johor dan Kuala Lumpur. Pasukan tuan rumah Sabah hanya mampu berada di tempat ke-4.
Pasukan Johor berpuas hati di tempat kedua.
Penang A ditempat ketiga.
KATEGORI WANITA
Pasukan Penang unggul di tempat pertama sambil diiringi oleh Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang.